Strategi Pemasaran Semasa COVID-19

Table of Contents

Kaedah pemasaran adalah sukar untuk dilakukan pada satu-satu masa, tetapi pada masa  sekarang ianya lebih sukar daripada sebelumnya kerana perniagaan anda haruslah menyesuaikan diri untuk lebih berjaya dengan kempen-kempen pemasaran yang terkini.

Walaubagaimanapun, perniagaan anda masih tetap perlu membuat jualan, tetapi jalan untuk membuat penjualan tersebut mungkin lah tidak jelas dan lebih sukar pada masa sekarang.

Jadi, berikut adalah beberapa petua yang akan membantu anda untuk berjaya dalam memasarkan perniagaan anda semasa pandemik COVID-19 ini. Pertimbangkan lah perkara ini semasa anda melancarkan kempen-kempen pemasaran baru anda pada masa yang tidak menentu ini.

Fokus pada Nilai Tambah

Penggunaan wang ringgit pada masa pandemik ini agak tegang bagi kebanyakan pembeli, jadi mereka akan menjadi lebih berjimat daripada kebiasaanya.

Ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda memfokuskan pada nilai yang dapat diberikan oleh produk atau servis anda kepada pembeli dalam waktu yang singkat.

Orang ramai masih lagi akan terus berbelanja, akan tetapi anda perlulah menyusun produk dan strategi pemasaran anda dengan menunjukkan bagaimana pengguna dan pelanggan anda akan mendapat keuntungan dan faedah apabila mereka membuat pembelian sekarang.

Sekiranya anda dapat menumpukan pada nilai produk atau servis anda, anda akan dapat menghasilkan jualan dalam suasana pandemik ini.

Mencuba saluran pemasaran yang baru

Cuba fikirkan tentang strategi-strategi pemasaran semasa anda ketika ini dan kemudian fikirkan tentang apa yang belum lagi anda cuba lakukan.

Terdapat banyak perkara yang boleh anda cuba semasa memasarkan produk, servis dan jenama anda. Sudahkah anda cuba menggunakan saluran pemasaran berbayar? Contoh: Cuba  bina sebuah blog untuk perniagaan anda, atau mencipta satu saluran YouTube untuk jenama anda ataupun mencuba memberi info dalam saluran Tiktok yang kian meningkat sekarang.

Pemasaran menggunakan kandungan selalu menjadi taktik dan strategi pemasaran yang menjimatkan wang ringgit, dan satu kajian dari Edelman mendapati bahawa 85 peratus orang mahu jenama menggunakan kekuatan mereka untuk mendidik dan memberi pelbagai info yang berguna kepada pengguna-pengguna mereka, jadi tidak ada waktu yang lebih baik untuk memulakan strategi ini sekarang.

Anda juga boleh mencuba beberapa kempen pemasaran yang menggunakan orang-orang ang mempunyai pengaruh tersendiri atau dikenali sebagai Influencer. Orang-orang ini menghabiskan banyak masa mereka di media sosial, jadi ini mungkin merupakan peluang keemasan bagi anda untuk mengadakan beberapa perkongsian dengan menggunakan  pengaruh-pengaruh mereka untuk mempromosikan produk dan jenama anda.

Fikirkan tentang pelanggan anda

Ini selalu berlaku dalam sebarang aktiviti pemasaran, tetapi sekarang ianya lebih penting daripada sebelumnya.

Satu kajian baru-baru ini dari Edelman mendapati bahawa “71 peratus setuju bahawa jika mereka merasakan bahawa sesuatu perniagaan ataupun jenama itu meletakkan keuntungan semata-mata kepada pengguna, mereka akan hilang kepercayaan kepada jenama itu buat selamanya.”

Pengguna akan membeli sesuatu produk atau servis dengan menggunakan emosi mereka, jadi berhati-hatilah dengan cara anda perlihatkan jenama dan produk anda semasa wabak ini melanda.

Berfikir secara kritikal dengan diri sendiri. Jangan lancar kan kempen yang terlalu memaksa dalam penjualan. Dan ingat, adala lebih baik untuk memberhentikan beberapa kempen jualan yang ada sekarang dan melancarkannya sekali lagi di kemudian hari.

Bekerja dan berfikir lebih jauh

Kita boleh melihat bahawa orang ramai akan bereaksi lebih positif terhadap jenama yang besar mahupun jenama kecil yang bertindak menggunakan nilai kemanusiaan dan menyumbang untuk memerangi wabak COVID-19 ini.

Terdapat pelbagai cara untuk perniagaan dan jenama anda untuk turut bersama-sama membantu menyumbang dan melawan wabak penyakit, walaupun dalam usaha yang kecil.

Anda boleh menyiarkan bahawa anda akan menyumbang seberapa peratus jualan produk atau servis anda kepada badan-badan amal yang bertujuan untuk membantu orang-orang yang terkena coronavirus ataupun staff di hospital. Anda boleh melakukannya dengan bersendirian, ataupun anda boleh bekerjasama dengan jenama lain yang bersesuaian.

Kesimpulan

Terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan, dan alah amat penting untuk diingati bahawa kos-kos yang anda tanggung dengan menyokong dalam membantu inisiatif COVID-19 ini akan terbayar dalam jangka masa yang panjang tapi berkemungkinan juga akan membantu lebih ramai orang bertukar kepada pelanggan anda.

Grow your business with wonderful website and advance advertising. We’ll show you how.

Sales advisor

Name: Wan

Fill in the form & we'll contact you A.S.A.P

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.